PERSATUAN PETANQUE DAERAH BATU PAHAT (PADAT)

SEJARAH

          Pada akhir abad ke19 dan awal abad 20 Sukan Petanque telah rancak diperkenalkan ke seluruh negara melalui  Gerakan  Koperasi  SeMalaysia  (ANGKASA) , Kursus-kursus  telah  diadakan  di   sekolah-sekolah menengah  dalam  negara  termasuk  sekolah-sekolah  menengah  di  Daerah  Batu  Pahat melalui koperasi sekolah masing-masing.

          Disamping pengenalan sukan ini di sekolah-sekolah menengah, masyarakat Daerah Batu Pahat telah mengenali  Sukan  Petanque  dengan  kehadiran Cikgu Rahmat b. Atan yang berhijrah dari Daerah Pontian, Beliau juga merupakan pengasas Sukan Petanque masyarakat Daerah Pontian khususnya Majlis Tempatan Benut dan telah menubuhkan secara  rasmi  Persatuan  Petanque   Daerah Pontian. Kehadiran beliau pada awal tahun 2002 telah  membuka  era  baru  Sukan Petanque dalam Daerah Batu Pahat bermula dari Majlis Tempatan   Senggarang  ( Taman Sri Raya ),  dengan   berbekalkan  pengetahuan,  pengalaman   dan  bola petanque  beliau  telah  membina  sebuah  gelanggang  sendiri  di  hadapan  rumahnya,  setalah  mendapat sambutan dari  penduduk Taman Sri Raya   4 gelanggang telah dibina secara gotong royong dengan  modal sumbangan  dari  pemain-pemain  Taman  Sri  Raya  dan  akhirnya  lahirlah  pemain-pemain  petanque  dari Daerah Batu Pahat hingga ke hari ini.


          Memandangkan  bilangan   pemain  semakin  ramai  pada   tahun  2003  En. Rahmat  telah  membuat permohonan  pembinaan  4  gelanggang  di  Taman  Soga  Batu Pahat di bawah pembiayaan Majlis Daerah Batu Pahat. Pada akhir tahun 2005 pihak Majlis Daerah  Batu  Pahat  telah  bersetuju membina gelanggang baru di  tapak  permainan Taman  Flora sebanyak 8 gelanggang, pada tahun yang sama juga pihak KEMAS di  bawah  Penyelia  Kanan  Daerah  ( Pn. Sazila bt. Hj. Kabil )  telah  membuat  4  gelanggang tambahan di Taman Sri Raya menjadikan 8 gelanggang semuanya, ucapan terima kasih khusus untuk Puan  Fatimah  bt. Badron ( Ketua Kerani Unit Landscape Majlis Perbandaran Batu Pahat) yang telah banyak membantu kami. Atas  kesedaran  dan  permintaan  rakan-rakan,  pada  tanggal  23  Oktober  2004, En. Rahmat bersama 10 orang  rakannya  telah  bermesyuarat  untuk  menubuhkan  Persatuan  Petanque Daerah Batu Pahat, tetapi disebabkan beberapa masalah pendaftarannya telah tertunda,


          Pada akhir tahun 2009 kertas kerja menaiktaraf gelanggang di  Taman  Flora  telah dihantar ke Majlis Perbandaran  Batu  Pahat  dan  pembinaannya  telah  bermula  awal  tahun  2010  dengan menelan belanja RM 110  ribu,  yang   menjadi   kebangsaan  Negeri  Johor   sekarang   ini  dengan  nama  " GELANGGANG PETANQUE   MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT". Dengan kesedaran yang memuncak pemain-pemain petanque  Daerah  Batu  Pahat,  sekali  lagi  mesyuarat  untuk  menubuhkan  Persatuan Daerah Batu Pahat dengan  usaha  gigih  En. Arzahar  b. Salleh dan Pn. Sazila bt. Hj. Kabil dengan dipengerusikan olah Tn. Hj. Azizul Kamar b. Hj. Abd. Rahman  dan  Setiausaha En. Rahmat b. Atan maka terdaftarlah sebuah persatuan secara rasmi dengan nama "Persatuan Petanque Daerah Batu Pahat (PADAT)".


          Masalah besar selama 3 tahun yang dihadapi, akhirnya terlerai dengan pembinaan sebuah bangunan yang  mengandungi  2  buah  tandas  dan  sebuah  surau,  sumbangan Yang Berhormat ADUN Senggarang (Tn. Hj. Jaaffar b. Hashim) pada Oktober 2011. 

4 gelanggang hasil gotong royong penduduk taman (2003)

Pembinaan 4 gelanggang di Taman Sri Raya, sumbangan KEMAS Batu Pahat (2005)

8 gelanggang di Taman Flora Batu Pahat (2005)

Menaiktaraf  gelanggang  Taman Flora  kepada 32 gelanggang (awal 2009)

Bangunan pertama di gelanggang Taman Flora Batu Pahat (Oktober 2 011)

This free website was made using Yola.

No HTML skills required. Build your website in minutes.

Go to www.yola.com and sign up today!

Make a free website with Yola